ISIPADU CECAIR TAHUN 2 KUMPULAN PELAJAR SEDERHANA DAN LEMAH
NAMA GURU: MOHD FAZLI BIN OMAR
MATA PELAJARAN : Matematik
MASA : 8.10 – 9.10 Pagi ( 60 minit )
KELAS : Dua Budiman
TOPIK : Isipadu Cecair
SUB TOPIK : Mengukur Dan Membandingkan Isipadu Cecair.
HASIL PEMBELAJARAN : Pada Akhir Pengajaran Murid Dapat Mencatat Isipadu
Cecair Yang Disukat.
KUMPULAN SASARAN : Kumpulan Lemah dan Sederhana
BAHAN : Bikar, Lembaran Kerja.
AKTIVITI P & P : Pengajaran Secara Kumpulan
AKTIVITI PENGUKUHAN
- Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan, A dan B.
- Seorang ahli kumpulan A akan menyebut satu isipadu cecair, contohnya: 800 ml.
- Seorang ahli kumpulan B akan menyukat isipadu cecair sebanyak 800 ml. Ahli kumpulan A yang lain akan menyemak ketepatan sukatan tersebut.
- Ulang aktiviti dengan bertukar peranan antara ahli kumpulan sehingga semua ahli berpeluang menyukat isipadu cecair.
- Setiap sukatan yang betul dan tepat diberi 2 markah. Kumpulan dengan markah yang lebih tinggi diisytiharkan pemenang.
No comments:
Post a Comment