PENGENALAN.
Sebelum memasuki alam persekolahan, kanak-kanak sudah biasa dengan isipadu cecair. Pengalaman ini dilalui sejak mereka mula menyusu. Selain susu, kanak-kanak juga sudah biasa dengan cecair lain seperti minyak, sirap dan ubat. Kanak-kanak sudah mengenali beberapa jenis bekas seperti botol susu, baldi, susu dan sebagainya, yang digunakan untuk mengisi cecair tersebut. Jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas disebut kapasiti (muatan) bekas itu. Bekas yang berlainan bentuk dan saiz mungkin mempunyai kapasiti yang sama.
Kanak-kanak sekolah rendah selalu melakukan kesilapan untuk membezakan bekas mana yang akan mempunyai lebih isi. Mereka menggangap kapasiti sebagai satu sifat bagi bekas. Kanak-kanak selalu melihat pada ketinggian daripada keluasan sesuatu bekas. Salah konsep mengenai kapasiti telah menyebabkan mereka tidak dapat menganggar bekas mana yang mempunyai lebih isi.

Untuk membetulkan salah konsep mengenai kapasiti, guru boleh bermula dengan mengkaji kapasiti dengan perbandingan secara langsung. Kemudian guru hendaklah mengajar murid cara mengukur dan membaca sukatan dengan tepat pada silinder penyukat. Berikut adalah dua bahan mengajar yang sesuai untuk mengajar murid dari golongan pencapaian rendah dan pencapaian tinggi serta aktviti-aktiviti untuk menggunakan kedua-dua jenis bahan mengajar dengan berkesan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete