Thursday, November 25, 2010

Isipadu Cecair Tahun 2 Kumpulan Pelajar Cemerlang

NAMA GURU: MOHD FAZLI BIN OMAR
MATA PELAJARAN : Matematik
MASA            : 8.10 – 9.10 Pagi ( 60 minit )
KELAS          : Dua Budiman
TOPIK          : Isipadu Cecair
SUB TOPIK : Mengukur Dan Membandingkan Isipadu Cecair.
HASIL PEMBELAJARAN   :  Pada Akhir Pengajaran Murid Dapat Mencatat Isipadu  Cecair  Yang Disukat.
KUMPULAN SASARAN      : Kumpulan Murid Cemerlang
                  BAHAN                                  : Jag Lutsinar, Pita Pelekat ,  Bikar, Air Warna, Lembaran  Kerja.
AKTIVITI P & P                    : Pengajaran Secara Kumpulan

AKTIVITI PENGAYAAN
1.      Murid dibahagikan mengikut kumpulan.
2.      Setiap kumpulan diberikan pita pelekat, jag plastik lutsinar, dan  bikar penyukat.
3.      Murid diminta menjalankan aktiviti membuat jag penyukat  seperti berikut:
a)      Lekatkan pita pelekat pada dinding jag lutsinar.
b)      Sukat 100ml cecair berwarna menggunakan bikar penyukat dan tuangkan ke dalam jag lutsinar.
c)      Tandakan paras cecair tersebut pada pita pelekat.
d)     Ulang langkah (b) dan (c) hingga paras cecair mencecah permukaan atas jag lutsinar.
4.      Murid diminta menggunakan ‘jag penyukat’ yang telah mereka hasilkan untuk menyukat isipadu cecair di dalam pelbagai bekas yang disediakan dan merekodkan bacaan di dalam bentuk jadual.

                                                                           Jag


                                                                      Pita Pelekat

       
                                                                              Bikar

No comments:

Post a Comment