Friday, November 19, 2010

Aktiviti Pengajaran

Isipadu cecair tahun 2 kumpulan Pelajar Cemerlang dan  sederhana dan lemah.


NAMA GURU: MOHD FAZLI BIN OMAR
MATA PELAJARAN : Matematik
MASA                          : 8.10 – 9.10 Pagi ( 60 minit )
KELAS                         : Dua Budiman
TOPIK                          : Isipadu Cecair
SUB TOPIK                 : Mengukur Dan Membandingkan Isipadu Cecair.
HASIL PEMBELAJARAN : Pada Akhir Pengajaran Murid Dapat Mencatat Isipadu Cecair Yang Disukat.
KUMPULAN SASARAN      : Kumpulan Murid Cemerlang, Lemah dan Sederhana
                  BAHAN                                   : Gelas, Balang, Botol Air, Cawan, Air Warna,
                                                                      Bikar, Lembaran  Kerja.
AKTIVITI P & P                    : Pengajaran Secara Kumpulan

Langkah Pengajaran :
  1. Guru mempamerkan bikar dan silinder penyukat di hadapan kelas.

Bikar  

                                               Silinder Penyukat             
                                                     
  1. Guru dan murid berbincang tentang ciri-ciri dan kegunaan bikar dan silinder penyukat.
  2. Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu BIRU, KUNING, HIJAU dan MERAH.
  3. Setiap kumpulan diminta berbincang dan menganggarkan jumlah isi padu cecair berwarna yang tersedia di dalam botol minuman dan bekas minuman lain dalam kumpulan masing-masing.
  4. Guru mencatatkan jawapan yang disebut oleh wakil setiap kumpulan di papan tulis.
  5. Guru menerangkan cara membaca sukatan isipadu cecair.

Cara mebaca sukatan cecair  yang betul
                                  


  1. Guru menyuruh setiap kumpulan menyukat isi padu cecair berwarna menggunakan bikar penyukat.
  2. Wakil setiap kumpulan menulis hasil sukatan cecair di papan tulis.
  3. Guru merumuskan dapatan daripada aktiviti setiap kumpulan.
  4. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap kumpulan.
 








1 comment:

  1. Adalah dicadangkan supaya cikgu buat dua aktiviti berasingan - satu untuk kumpulan lemah dan satu lagi untuk kumpulan cerdas

    ReplyDelete