Thursday, November 25, 2010

Isipadu Cecair Tahun 2 Kumpulan Pelajar Sederhana Dan Lemah


ISIPADU CECAIR TAHUN 2 KUMPULAN PELAJAR SEDERHANA DAN LEMAH

NAMA GURU: MOHD FAZLI BIN OMAR
MATA PELAJARAN : Matematik
MASA            : 8.10 – 9.10 Pagi ( 60 minit )
KELAS  : Dua Budiman
TOPIK : Isipadu Cecair
SUB TOPIK : Mengukur Dan Membandingkan Isipadu Cecair.
HASIL PEMBELAJARAN   :  Pada Akhir Pengajaran Murid Dapat Mencatat Isipadu
                                                 Cecair  Yang Disukat.
KUMPULAN SASARAN     : Kumpulan  Lemah dan Sederhana
                  BAHAN                                 :  Bikar,     Lembaran  Kerja.
AKTIVITI P & P                  : Pengajaran Secara Kumpulan

AKTIVITI PENGUKUHAN
  1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan, A dan B.
  2. Seorang ahli kumpulan A akan  menyebut  satu  isipadu cecair, contohnya: 800 ml.
  3. Seorang ahli kumpulan B akan menyukat  isipadu cecair sebanyak 800 ml.  Ahli kumpulan A yang lain akan  menyemak ketepatan  sukatan tersebut.
  4. Ulang aktiviti dengan bertukar peranan antara ahli kumpulan sehingga semua ahli berpeluang menyukat isipadu cecair.
  5. Setiap sukatan yang betul dan tepat diberi 2 markah.  Kumpulan dengan  markah  yang lebih tinggi diisytiharkan pemenang.


Isipadu Cecair Tahun 2 Kumpulan Pelajar Cemerlang

NAMA GURU: MOHD FAZLI BIN OMAR
MATA PELAJARAN : Matematik
MASA            : 8.10 – 9.10 Pagi ( 60 minit )
KELAS          : Dua Budiman
TOPIK          : Isipadu Cecair
SUB TOPIK : Mengukur Dan Membandingkan Isipadu Cecair.
HASIL PEMBELAJARAN   :  Pada Akhir Pengajaran Murid Dapat Mencatat Isipadu  Cecair  Yang Disukat.
KUMPULAN SASARAN      : Kumpulan Murid Cemerlang
                  BAHAN                                  : Jag Lutsinar, Pita Pelekat ,  Bikar, Air Warna, Lembaran  Kerja.
AKTIVITI P & P                    : Pengajaran Secara Kumpulan

AKTIVITI PENGAYAAN
1.      Murid dibahagikan mengikut kumpulan.
2.      Setiap kumpulan diberikan pita pelekat, jag plastik lutsinar, dan  bikar penyukat.
3.      Murid diminta menjalankan aktiviti membuat jag penyukat  seperti berikut:
a)      Lekatkan pita pelekat pada dinding jag lutsinar.
b)      Sukat 100ml cecair berwarna menggunakan bikar penyukat dan tuangkan ke dalam jag lutsinar.
c)      Tandakan paras cecair tersebut pada pita pelekat.
d)     Ulang langkah (b) dan (c) hingga paras cecair mencecah permukaan atas jag lutsinar.
4.      Murid diminta menggunakan ‘jag penyukat’ yang telah mereka hasilkan untuk menyukat isipadu cecair di dalam pelbagai bekas yang disediakan dan merekodkan bacaan di dalam bentuk jadual.

                                                                           Jag


                                                                      Pita Pelekat

       
                                                                              Bikar

Friday, November 19, 2010

Aktiviti Pengajaran

Isipadu cecair tahun 2 kumpulan Pelajar Cemerlang dan  sederhana dan lemah.


NAMA GURU: MOHD FAZLI BIN OMAR
MATA PELAJARAN : Matematik
MASA                          : 8.10 – 9.10 Pagi ( 60 minit )
KELAS                         : Dua Budiman
TOPIK                          : Isipadu Cecair
SUB TOPIK                 : Mengukur Dan Membandingkan Isipadu Cecair.
HASIL PEMBELAJARAN : Pada Akhir Pengajaran Murid Dapat Mencatat Isipadu Cecair Yang Disukat.
KUMPULAN SASARAN      : Kumpulan Murid Cemerlang, Lemah dan Sederhana
                  BAHAN                                   : Gelas, Balang, Botol Air, Cawan, Air Warna,
                                                                      Bikar, Lembaran  Kerja.
AKTIVITI P & P                    : Pengajaran Secara Kumpulan

Langkah Pengajaran :
  1. Guru mempamerkan bikar dan silinder penyukat di hadapan kelas.

Bikar  

                                               Silinder Penyukat             
                                                     
  1. Guru dan murid berbincang tentang ciri-ciri dan kegunaan bikar dan silinder penyukat.
  2. Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu BIRU, KUNING, HIJAU dan MERAH.
  3. Setiap kumpulan diminta berbincang dan menganggarkan jumlah isi padu cecair berwarna yang tersedia di dalam botol minuman dan bekas minuman lain dalam kumpulan masing-masing.
  4. Guru mencatatkan jawapan yang disebut oleh wakil setiap kumpulan di papan tulis.
  5. Guru menerangkan cara membaca sukatan isipadu cecair.

Cara mebaca sukatan cecair  yang betul
                                  


  1. Guru menyuruh setiap kumpulan menyukat isi padu cecair berwarna menggunakan bikar penyukat.
  2. Wakil setiap kumpulan menulis hasil sukatan cecair di papan tulis.
  3. Guru merumuskan dapatan daripada aktiviti setiap kumpulan.
  4. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap kumpulan.
 








Cara Membaca Dan Melihat Isipadu Cecair Yang Betul

Video Cara Menyukat Isipadu Cecair

Tayangan video yang menunjukan cara mengukur
isipadu cecair dengan tepat menggunakan silinder
penyukat yang berskala dan cara membaca isipadu
cecair dengen betul.

Pengenalan Isipadu Cecair

PENGENALAN.
Sebelum memasuki alam  persekolahan, kanak-kanak sudah biasa dengan  isipadu cecair. Pengalaman ini dilalui sejak mereka mula menyusu. Selain susu, kanak-kanak juga sudah biasa dengan cecair lain seperti minyak, sirap dan ubat. Kanak-kanak sudah mengenali beberapa jenis bekas seperti botol susu, baldi, susu dan sebagainya, yang digunakan untuk mengisi cecair tersebut. Jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas disebut kapasiti (muatan) bekas itu. Bekas yang berlainan bentuk dan saiz mungkin mempunyai kapasiti yang sama. 

Kanak-kanak sekolah rendah selalu melakukan kesilapan untuk membezakan bekas mana yang akan mempunyai lebih isi. Mereka menggangap kapasiti sebagai satu sifat bagi bekas. Kanak-kanak selalu melihat pada ketinggian daripada keluasan sesuatu bekas. Salah konsep mengenai kapasiti telah menyebabkan mereka tidak dapat menganggar bekas mana yang mempunyai lebih isi.
          Untuk membetulkan salah konsep mengenai kapasiti, guru boleh bermula dengan mengkaji kapasiti dengan perbandingan secara langsung. Kemudian guru hendaklah mengajar murid cara mengukur dan membaca sukatan dengan tepat pada silinder penyukat. Berikut adalah dua bahan mengajar yang sesuai untuk mengajar murid dari golongan pencapaian rendah dan pencapaian tinggi serta aktviti-aktiviti untuk menggunakan kedua-dua jenis bahan mengajar dengan berkesan.